
|
Bonjour!
Hey ! Good days to you!
Tagboard
Footprints here! Superheart
Jantung HATI ♥ ! Cara Order!
Hey ! Good days to you my customer!
Credits Basecode: Fieyyy. Full edit: RafidahRahman Re-Edit by: SUPERGIRL
| R I N D U :)
R I N D U ! !..erm sape yang tak pernah R I N D U??sila angkad tangan hehehe..sekarang nie aku tengah R I N D U lah nie..adoii tapi disebabkan atas kekangan yang tak dapat dielakkan aku pendam jelah perasaan ini.. tapi tahukah apa itu R I N D U ! !hahhh tak tahu leteww hehe..meh sini cheq nak habaq sat.. Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak. Bukanlah semua R I N D U itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana R I N D U yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu. R I N D U seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka R I N D U akan hadir secara tidak langsung. R I N D U juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya. Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu : “ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.
|