//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman kill you! Muhammad Izwan Abdul Hamid fulltime girlfriend/future wife's and forever his litle princess ♥.

Hot Story : I love my family and also you all my follower! Eh? My SUPERMAN jugak ♥



Tagboard
Footprints here!


♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Love me or hate me. Either way I'm on your mind ☻║█║▌║█║▌│║▌█║▌║ 100710-0000 © I sincerely love ALLAH & MUHAMMAD ♥ . Alhamdulillah i was born as MUSLIM ツ #TeamHijrah #TeamSayangFamily

Superheart
Jantung HATI ♥ !



Cara Order!
Hey ! Good days to you my customer!
Welcome to my blog . Proceed payment unt mana2 item yg uolls nak, then terus isi order form / email ye.... Payment haruslah di lakukan sblom pukul 11mlm ye... I akn hantar pada keesokkan hari... I xdpt nak hantar pada hari yg sama uolls buat payment coz jadual I terlalu pack.. So please jangan soh I antar pd hari yg sama ye....Ijuga menggunakan Pos Laju... Postage dlm 1-3ari bekerja akn sampai depan rumah / opis ye ;) 1. Payment Method : ** Maybank : 156132617031 -- Rafidah Abd Rahman ** CIMB : 06160003472207 -- Muhammad Izwan Hamid 2. Lepas buat payment, isi Order Form 3. Jangan lupa attach skali resit pembayaran / success payment thru Facebook Pages (click gak tulisan terus ke Inbox I) / SMS / Whatsapp / Wchat : 019-9192947.... "ATAU" Uolls boleh je terus Email rafidah.rahman@yahoo.com / SMS / Whatsapp / Wchat: 019-9192947 bserta details di bawah selepas pembayaran di lakukan ;) Name : Address : Hp No : Product Name / Color / Size : Quantity : Payment Via (Maybank /CIMB) : Transaction Date , Time & Amount : Please make sure to FORWARD THE PICTURE OF THE BANK RECEIPT / SUCCESS PAYMENT once done... (Bank Reff No only & Bank SMS are Not Accepted) Important !! Without resit / success payment, i will NOT post ur parcel... Facebook (sentiasa On9) / Email : Rafidah.rahman@yahoo.com (sentiasa on9 gak ;) / SMS / Whatsapp / VWchat : 019- 9192947

Hot Story : I love my customer ♥

Credits

Basecode: Fieyyy.
Full edit: RafidahRahman
Re-Edit by: SUPERGIRL

# Atoto ,


terima kasih kepada kawan-kawan yang sangat concern dengan miss Ultrapink. tak kisah lah lelaki mahupun perempuan, terima kasih miss Ultrapink ucapkan kepada semua ! di saat miss Ultrapink perlukan anda, anda datang dan memberikan semangat. anda datang untuk menggembirakan miss Ultrapink. terima kasih banyak-banyak ! sayang lebih lah.

miss ultrapink pernah diuji oleh Allah swt dalam bab hati dan perasaan. kejujuran dan keikhlasan Miss Ultrapink dalam bercinta pun diuji. kadang-kadang miss ultrapink selalu tertanya-tanya dalam diri. kenapa miss Ultrapink yang dipilih untuk terima ujian tu ? kenapa bukan orang lain ? yup, hanya Allah swt je yang tahu.

pagi petang siang malam miss ultrapink berhadapan dengan ujian Allah swt tu. pagi petang siang malam miss ultrapink menangis mengenangkan nasib diri. dalam masa yang sama, miss ultrapink kena jugak berhadapan dengan minggu peperiksaan. just imagine betapa peritnya..sakitnya hanya diri ini dan Allah swt je tahu. orang lain tanya banyak-banyak pun belum tentu diorang boleh paham perasaan miss Ultrapink masa tu.


pernahkan anda putus perhubungan dalam cinta ?


ya, kalau anda pernah, miss ultrapink pun pernah. . sapa yang mintak perpisahan macam nie, miss ultrapink sendiri pun tak pernah mintak. tapi Allah swt tu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk miss ultrapink. untuk tunjukkan apa yang terbaik buat saya tu, Dia bagi saya ujian dulu. Dia nak tengok samada miss ultrapink nie kuat ataupun tidak.

miss ultrapink hanyalah seorang perempuan yang lemah. nampak je steady diluaran tapi dalam hati berceramuk macam tomato kene blender. saya pun macam perempuan lain, mahu disayangi dan dikasihi dengan jujur dan mahu cinta yang diberi adalah ikhlas. apa salah perempuan ? kenapa perasaan dan cinta perempuan selalu disalahgunakan oleh lelaki ? ha, yang tu saya memang tak paham.

bila benda macam nie berlaku kat saya, pada mulanya memang saya langsung tak boleh terima. semua benda pasal lelaki tu saya nak back up. miss ultrapink berdoa siang dan malam mengharap suatu keajaiban berlaku. saya mengharapkan masih ada jalan dan peluang buat saya. saya menangis bila mengadu di hadapan Allah swt. hanya Allah swt yang nampak betapa peritnya saya menanggung kesakitan seorang diri. saya jadi rajin mengikhlaskan diri di hadapan Allah swt agar Dia tenangkan jiwa saya dan tunjukkan jalan yang betul buat miss ultrapink.

bukan setakat tu je yang saya terpaksa hadapi. saya jugak kena kuat sebab benda tu berlaku dalam sekelip mata. nak tak nak, saya kena kuat dan terus kuat. tipulah kalau saya tak menangis. tapi saya jadikan mak abah saya sebagai tonggak inspirasi dalam diri saya. bila tengok gambar mak abah, saya jadi sebak dan terasa rindu nak peluk cium tangan diorang ( tapi malu sangad nak buad). tapi apa kan daya . tunggu jela masa yang sesuai kan . ):
perasaan saya masa tu hanya Allah swt je yang tahu. homesick, sakit, kecewa semuanya saya yang tanggung sorang. kawan-kawan lain hanya mampu memujuk dan menenangkan hati. sata tak nak bgtau mak abah saya selalu sangat masalah sayan , (segan), sebab nanti saya jadi lemah dan asyik menangis mengenangkan pengorbanan diorang.

rasa sakit yang miss ultrapink hadapi berpanjangan. masa dalam minggu nak  peperiksaan pun saya kena uji jugak. masa tengah galak nak menjawab soalan peperiksaan, saya masih boleh pulak menangis dalam diam  , sebabnya , sehari sebelom exam . dea telah buad miss ultrapink rasa down sangad. saya sakit tapi dalam hati saya, saya paksa diri kena kuat. saya jerit kuat-kuat dalam hati ayat nie, "RAFIDAH RAHMAN, TOLONG JADI KUAT !!!". nasib baik tak ada sape-2 yang sedar saya menangis dalam bilik . saya menangis pun setakat air mata bertakung kat mata, tak pun seketul dua je airmata yang keluar. tapi sakit dalam hati hanya Allah swt yang tahu.

kadang-kadang saya gagal paksa diri jadi kuat. kalau saya dah rasa lemah sangat nak menghadapi hari esok, saya terus mintak ketengan dari yang maha ESa . dan kadang-2 saya mengadap cermin lame-2 dan saya lepaskan semuanya depan cermin tu ! saya tertanya-tanya pada diri sendiri. kenapa saya mesti menangis benda yang dah tak ada, kenapa ??

ya, memang sangat sakit. dan yang sedihnya, hanya miss ultrapink je yang menanggung derita tu sorang-sorang. bila depan member-member, saya berlakon dengan jayanya. saya gelak ketawa, senyum-senyum kambing dan sebagainya. tapi semua tu tak boleh nak cover bila member-member saya boleh nampak mata gua sembab dan bengkak macam hapa. pantang bila diorang tanya keadaan saya, saya mulalah nak tersedu-sedan. dah, saya cuba tahan dan kuat tapi tak berjaya.

sepanjang nak menghadapi minggu peperiksaan tu, saya study pun tak macam study. miss ultrapink study lah macam biasa, cuma kadang-kadang masa tengah baca buku tu, boleh pulak airmata jatuh dengan sendirinya. bila nak nangis je, terus saya jerit kuat-kuat dalam hati dan paksa diri suruh kuat. dan alhamdulillah, saya  dapat buang perasaan tuh jauh-2. walaupun saya lalok-lalok macam nie, tapi saya sentiasa dapat banyak idea masastudy dn teknik nak menjawab dan akan cuba menyiapkan semua kertas peperiksaan tepat pada waktunya (tanak jadi macam exam sebelon nie). mungkin itulah pertolongan yang Allah swt berikan kat miss ultrapink.

masa nak makan, tido, baca buku, mandi, basuh baju, pakai baju..tak pernah sekalipun saya rasa lega. kadang-kadang saya boleh menangis dengan automatiknye. see ? betapa teruknya bahana dalam cinta. serious saya cakap, saya tak pernah pun mintak semua benda nie berlaku kat saya dan orang lain. tapi sapa saya nie nak melawan kehendak takdir ? ya, miss ultrapink kena terima. ini takdir, ini ketentuan Allah swt. saya sebagai hamba, saya kena akur.

masa diri dalam kesedihan, ada yang datang memberi sinar kegembiraan( PARENTS). alhamdulillah sampai ke harini saya tak pernah mengalirkan air mata macam selalu. mata saya dah okay, semuanya dah okay. saya boleh tersenyum, gelak ketawa macam biasa. ya Allah, masa tu nikmat dan kemanisan ujian yang Allah swt beri tu betol-betol terasa dalam diri. tak pernah saya rasa bahagia, bebas dan bernafas senikmat macam tu.

sekarang, jiwa saya cukup tenang dan saya banyak dekatkan diri dengan Allah swt. Dia sayang saya, sebab tu Dia bagi ujian. Dia taknak saya tersasar jauh dan terus melalaikan diri dalam bercinta. Dia nak gua jadi hambaNya yang mencapai nikmat dalam kehidupan sebagai manusia yang beriman kepadaNya. barulah saya tahu kenapa dia bagi saya ujian seberat tu. barulah saya tahu hikmahnya !! segala kebenaran telah Allah swt tunjukkan.

perasaan sekarang nie, saya sangat happy dan lega ! argh, seronoknya hidup weh ! tak pernah saya rasa seronok macam sekarang. saya dah boleh bernafas dan tersenyum menghayati keindahan alam ciptaan Allah swt. pasal lelaki tu ? saya dah lupa dia pun. dia masih ada dalam ingatan saya, tapi saya dah lepaskan dia. walaupun miss ultrapink sakit menderita, tapi saya dah maafkan pun kesalahan dia. buat apa kita nak berdendam dengan orang ? biarlah dia, saya pikir saya tak ada hak nak menghukum dia. biarlah Allah swt yang tentukan, Dia lebih berkuasa. cuma saya berdoa, semoga saya dipertemukan dengan jodoh yang jauh lebih baik daripada dia.

apa yang pasti, sekarang saya sangat bahagia. bahagia dengan kejayaan saya dalam berhadapan dengan ujian Allah swt. saya dah pun lebih jauh berubah sekarang. miss ultrapink ikhlas dengan perubahan diri nie. biarlah saya bermula daripada bawah. saya dapat rasa diri gua semakin matang sekarang. bijak berhadapan dengan sebarang situasi. pergaulan pun dah lebih kearah kedewasaan. dalam masa yang sama, datang seseorang yang memberi saya kegembiraan. keluarga pun banyak memberi saya semangat. lagipun, saya bakal guru..bakal pendidik. so saya kena berubah jadi matang dan profesional dalam kerjaya saya. miss ultrapink nak jadi RAFIDAH RAHMAN yang baru !

kepada rakan sewanita yang diluar sana, saya kongsi cerita dan perasaan nie untuk kita sama-sama nilai dan sedar. jangan kita mudah kalah dengan perasaan. kalau dah putus, jangan dikenang-kenang. lepaskan si dia dengan hati yang terbuka. lepas tu bukak mata, ambil nafas dan mulakan langkah maju ke hadapan dalam hidup. jangan mengenangkan orang yang tak dicipta untuk kita. sebab Allah swt tu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. so please move on and dont look back, be strong !!!!

saya mula percaya cinta selepas nikah. lepas nie saya tak nak mencari cinta, biarlah cinta tu datang dengan sendirinya. jodoh kita Allah swt dah tentukan, jumpa tak jumpa je. lepas nie saya taknak bercinta lama-lama, buat penat badan je. saya nak cepat-cepat bernikah sebab cinta selepas nikah tu lebih nikmat dan diredhai ! **gtal kan . hewhew

lagi satu, jangan cari pasangan berdasarkan paras rupa, harta, keturunan. cari dan terima pasangan berdasarkan AGAMAnya. kalau pasangan kita tersasar dari landasan agama, kita kena kuat dan bantu dia. insyaallah, segalanya akan direstui dan diberkati oleh Allah swt. kalau kita nak dapat jodoh yang baik, kita kenalah jadi orang yang baik. sebab lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat. ingat tu !

Labels: